Thursday, February 7, 2013

Nasi Ayam...

Son2 mintak buat nasi ayam, jadi i thought its good to find/do something slightly different from the one i used to do.

And dapat lah resepi ni;

Resepinya kata ayam penyet, tapi tang mana penyet pun tak tau, so makcik taknak lah guna penyet (nakk guna mancung boleh?? :-D )

Ayam: - sedap

Sambal: - Best (son2 recommended this sambal in future nasi ayams)

Nasi: - Biasalah


Derhaka juga........
ayam tak goreng..taruh dalam oven saja....
tuang sikit kicap pekat (nak emulate garing),


Nasi Ayam:

sumber:   sini   (sila rujuk sini untuk lebih original ya)
Makcik ringkaskan saja sesetengah step tu;


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan masak nasi juga)
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau (*)
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam (**)
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

(*) - makcik guna yang serbuk; 1/2 tsp jintan manis, 1/2 tsp jintan putih and 1 Tablesp serbuk ketumbar.

(**) - makcik guna 1 Tablesp



Untuk Sambal.
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


(***) - makcik tak guna ikan bilis and belacan serta tomato...(MIL tak mkn tomato), cili padi pun sikit je



Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-makcik tambah kayu manis, bunga lawang & rempah sup and carot yg di dadu kecil.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Nasi:
Sukat beras ikut berapa org nak makan, masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan, ketuk halia, garam, daun pandan dan masak dalam rice cooker.


McK

13 comments:

  1. Mak oii..! byk bahannya nak buat gitu..emmm nampak sedapp jea..Esok sayaaa....saya beli jea la senang! hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik pon kalau bnyk sgt bahan/step, either I mudahkan or x payah buat lah.
      Ayam ni kalau abil nak buat (kot la teringin air tgn sendiri kan), marinate ja dgn rempah kurma n sikit rempah daging tu n lada....pehtu bakar

      Delete
  2. makcik, first time ni sy dgr sambal tu masuk ikan bilis goreng blend sekali.. nak tryla..

    ReplyDelete
  3. son1 kata apa..



    hai son1 !!

    hehehheeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh son1 tak dak kat rumah dah masa ni..so dia tak terai la lagi

      Delete
  4. Replies
    1. Heh aina...ciannnnn....tak berasap tak pa janji perut kenyang

      Delete
  5. kena himpit dgn tudung periuk selama 10minit(sambil makcik duduk atas tudung periuk tu)..barulah jadi ayam penyet..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo cek oiiiii, berasap pungkoq makcik! Takut trus jadi lempeng ayam hahaha

      Delete
  6. Tkasih McK, Termakbul rasanya doa mama nakkan resepi istimewa drp McK.
    hehe mama selalumakan nasi ayam kat taman warisan!

    ReplyDelete